Wednesday

A n j e =)

Assalamualaikum

Pepagi buta ni takleh lena,
aicehhh dah pandai dah sekarang ni,
tak boleh lena la, tak boleh tidoq la.
makan boleh pulak. =)

Putus asa dan berserah adalah dua hal yang berbeza.
tudiaaaaa keluaq dahhh, ahahah.
usaha doa usaha tawakkal
berserahlah selepas berhempas pulas.
cubalah dahulu jangan biar iblis tepuk tangan
dengan putusnya harapan kita.

Bila jatuh tak mudah bangkit,
tapi dengan usaha InshaAllah, ada jalan kita.
Allah kan ada, DIA tak pernah lupa kita.
kita usaha tapi kita lupa DIA.
DIA tetap bagi. percayalah.

Awak sedang cuba, sedang usaha
tapi awak jugak sedang putus asa.
jangan takut hadapi masa depan,
Allah bagi jalan dan peluang. awak pilih =)
mahu atau tak, berjuang atau menyerah.

"saya takut laa itu ini bla bla bla bla"
simpan takut awak dalam luggage, sorok bawah katil.
yakinlah janji Allah, kalau awak anggap awak gagal,
dan hidup dalam kegagalan selepas tu.
sampai kiamat pun tak berubah apa.
saya pernah jatuh, saya tau apa rasanya.
susah ! saya tau ! tapi percayalah.
usaha itu tak hidup dalam pasu bunga, rasa untuk usaha itu
berakar dalam hati, suisnya adalah diri kita.
diri sendiri mau ingat.
kau tak buat kau tak dapat.

Jangan putus asa ! Betulkan niat.
Niat yang akan bawak kita ke jalan yang benar,
usaha akan bantu kita teruskan perjalanan.
Allah akan beri apa yang kita usaha.
jangan hempas di tengah jalan.
its not the end of the world yet.
tanam dalam hati, kalau kita tak angkat kaki 
lintas jalan ke seberang, siapa nak seret kita?

Setiap titik peluh keringat si syurga yang berjiwa kental 
setiap kasih sayang si syurga yang berjuang saban hari.
untuk siapa? 
kau rasa hidup kau susah sebab kau rasa akan 
gagal mendapatkan sekelumit kejayaan.
kau kata hidup ni susah sebab kau rasa 
tangga kejayaan kau tak mungkin kau pijak. 
kau tahu susah mereka macam mana?
waktu nak besarkan kau, 
waktu nak suap sebutir nasi ke mulut kau.
waktu nak didik kau, 
waktu itu kau tahu apa dia tanam dalam hati?
"tak mengapa anak ini syurga, anak ini rezeki.
anak ini akan besar dengan keringat aku
satu hari nanti, dia juga akan bangun 
berjuang untuk aku seperti ini"
Dan berputus asa itu bukan perjuangan. 

jangan buat silap, berjuanglah dulu sebelum menyerah.
warisilah kentalnya hati dan jiwa dia,
satu masa nanti, waktu kau benar-benar faham erti perjuangan ni.
maka kau akan selalu lawan hidup ini dengan 
usaha doa dan harapan yang tak pernah putus.
kau hanya akan fikir kau mesti laluinya.
walau payah walaupun kalah.
sebenarnya waktu itu, ibu dan ayah akan senyum.
mereka sudah menang.

p/s : lambat atau cepat, jangan putus asa, aku sayang kau =)
selamat malam.

Tuesday

Hilang Hari 11

Assalamualaikum

Tiba tiba Malaysia tersentak dengan kehilangan
pesawat MAS Airlines yang menuju ke Beijing.
MH370 yang hilang tak nampak bayang.
hari kesebelas yang penuh harapan.
Masih tak dapat jawapan, burung besi berterbangan
kapal besi berarak sepenuh lautan.
masih tiada penyelesaian.

Sedikit sebanyak terpalit kejadian ni, walaupun bukan saudara satu darah
tapi dasar manusia beri kita ruang untuk sama merasai.
tamparan hebat pada keluarga mangsa, negara, pemerintah, rakyat.
hingga tiba-tiba dunia seakan bersatu hanya kerana
sebuah pesawat dan 239 susuk bernyawa dalam perut kapal.

Terlalu banyak spekulasi dan berita palsu yang berterbangan.
Manusia lain mula ambil kesempatan atas kesedihan orang lain.
"sudah jumpa tapi sorok, kerja parti itu, kerja parti ini, heret cerita PRK,
penggunaan bahasa masa pc"
sorong cerita sana sini macam mereka ada dalam perut MH370.
marilah, nanti cabar Tuan PM- Najib Razak dengan
Tuan Menteri Pertahanan- Hishammudin Hussien.
siapapun boleh sarung status tapi bukan semua mampu galas tanggungjawab.

Waktu ini, apa yang penting perasaan keluarga mereka yang hilang.
Tahu apa rasa mereka dengar cerita penuh harapan?
Tahu macam mana perasaan bila orang yang kita
lambai sesaat tadi tiba-tiba hilang tanpa kata?
Tahu apa rasa bila satu satunya anak peluk dan ucap
selamat tinggal dan betul-betul tinggalkan kita tanpa jejak?
Tak tahu kan? rasa tu bukan macam hilang anak kucing atau
rasa pedih terserempak boyfriend sedang leka curang.
takkkkk, you have no idea how it feels. so, stop spreading rumours.

Biarlah mereka buat kerja mereka,
tuduh menuduh bukan jalan penyelesaian.
fitnah dan salah menyalah takkan bawa pulang MH370.
Apa yang berlaku bersebab.
Apa kata ikuti perkembangan dengan hati yang bersih.

Allah sebaik baik perancang,
DIA Maha Tahu, DIA Maha Merancang. DIA Maha Mendengar.
Berkarung bawak doa dalam twitter, facebook, instagram tapi
jangan hentam orang yang tak guna medium itu untuk berdoa.
mana-mana pun Allah dengar dan tahu,
takda masalah, dok saja-saja pun boleh berdoa,
Doakanlah walau dalam diam.

Walau apa pun kemungkinannya, moga mereka kembali.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Thursday

Mcflurry

maaf, gua tak paham bahasa isyarat.
mcflurry tu buat gua gelak sampai subuh td.
tak sangka sudu tu untuk gua.

sudu bukan lambang cinta,
tapi nampak la romantik kau tu.
Ahaha, lain kali cakap.
kalau tak cakap, gua tak paham.
gua lambat sikit benda cmni.
eheeeeee

"comel kau aku je rasa"

My End And My Beginning ♥

"Bukan siapa siapa
tapi tiba-tiba wujud depan mata.
duduk bersila dalam hati.
senyap diam rapat.
haihhhh hati"

Assalamualaikum =)
Sarang berhabuk tak bertinta
Lama menyepi, sibuk, ya sibuk.
sibuk dengan kuliah yang dah bermula belum pun sebulan.
sibuk dengan hati yang sekarang dalam musim bunga.

Alhamdulillah, redha dengan keputusan peperiksaan semester lepas.
apa yang kita usaha setakat mana yang kita lakukan.
kita akan genggam jugak sebanyak itu.

musim bunga yang datang tiba-tiba.
tak mahu beriya, tak mahu lebih tutur kata.
takutnya sedeh lempar depan muka.
tapi setakat ini, aku nampak usahamu.
"sayang awak saya je rasa'
tak sangka pun, kau yang ada tapi bukan siapa-siapa
sekarang tabur bunga dalam hati gua.
paling susah saya buat paling berat saya tanggung.
cepat dewasa okay =)

lama nak berjuang ni, belajar cita dan cinta.
jauh lagi perjalanan ni, dalam kepala semat kata mampu!
dalam hati kata Allah ada.

"cinta yang luar biasa"
Terima kaseh Allah,