Wednesday

A n j e =)

Assalamualaikum

Pepagi buta ni takleh lena,
aicehhh dah pandai dah sekarang ni,
tak boleh lena la, tak boleh tidoq la.
makan boleh pulak. =)

Putus asa dan berserah adalah dua hal yang berbeza.
tudiaaaaa keluaq dahhh, ahahah.
usaha doa usaha tawakkal
berserahlah selepas berhempas pulas.
cubalah dahulu jangan biar iblis tepuk tangan
dengan putusnya harapan kita.

Bila jatuh tak mudah bangkit,
tapi dengan usaha InshaAllah, ada jalan kita.
Allah kan ada, DIA tak pernah lupa kita.
kita usaha tapi kita lupa DIA.
DIA tetap bagi. percayalah.

Awak sedang cuba, sedang usaha
tapi awak jugak sedang putus asa.
jangan takut hadapi masa depan,
Allah bagi jalan dan peluang. awak pilih =)
mahu atau tak, berjuang atau menyerah.

"saya takut laa itu ini bla bla bla bla"
simpan takut awak dalam luggage, sorok bawah katil.
yakinlah janji Allah, kalau awak anggap awak gagal,
dan hidup dalam kegagalan selepas tu.
sampai kiamat pun tak berubah apa.
saya pernah jatuh, saya tau apa rasanya.
susah ! saya tau ! tapi percayalah.
usaha itu tak hidup dalam pasu bunga, rasa untuk usaha itu
berakar dalam hati, suisnya adalah diri kita.
diri sendiri mau ingat.
kau tak buat kau tak dapat.

Jangan putus asa ! Betulkan niat.
Niat yang akan bawak kita ke jalan yang benar,
usaha akan bantu kita teruskan perjalanan.
Allah akan beri apa yang kita usaha.
jangan hempas di tengah jalan.
its not the end of the world yet.
tanam dalam hati, kalau kita tak angkat kaki 
lintas jalan ke seberang, siapa nak seret kita?

Setiap titik peluh keringat si syurga yang berjiwa kental 
setiap kasih sayang si syurga yang berjuang saban hari.
untuk siapa? 
kau rasa hidup kau susah sebab kau rasa akan 
gagal mendapatkan sekelumit kejayaan.
kau kata hidup ni susah sebab kau rasa 
tangga kejayaan kau tak mungkin kau pijak. 
kau tahu susah mereka macam mana?
waktu nak besarkan kau, 
waktu nak suap sebutir nasi ke mulut kau.
waktu nak didik kau, 
waktu itu kau tahu apa dia tanam dalam hati?
"tak mengapa anak ini syurga, anak ini rezeki.
anak ini akan besar dengan keringat aku
satu hari nanti, dia juga akan bangun 
berjuang untuk aku seperti ini"
Dan berputus asa itu bukan perjuangan. 

jangan buat silap, berjuanglah dulu sebelum menyerah.
warisilah kentalnya hati dan jiwa dia,
satu masa nanti, waktu kau benar-benar faham erti perjuangan ni.
maka kau akan selalu lawan hidup ini dengan 
usaha doa dan harapan yang tak pernah putus.
kau hanya akan fikir kau mesti laluinya.
walau payah walaupun kalah.
sebenarnya waktu itu, ibu dan ayah akan senyum.
mereka sudah menang.

p/s : lambat atau cepat, jangan putus asa, aku sayang kau =)
selamat malam.

No comments: