Wednesday

paling susah saya buat paling berat saya tanggung.
berjuang itu bukan dengan kata kata saja.
tak cukup menyerah di awal perang, 
kau mati kena sumpahan.

kalau yakin di awalnya, yakinlah sampai habis.
jangan merusuh sendirian di tengah perjalanan.
bisa luka hati yang berjalan.
luka ini bukan seminggu dua mampu sembuh.

yakin bila mahu, bukan mahu masa sunyi.
sayang tu ada, cinta tu bertebaran.
aku kutip sisa sisa yang kau buang.
aku tampal sambil sembur kekuatan.

kau bunuh aku waktu kau tumpah kasihan 
pada kawan yang ditinggalkan.
kau lupa aku juga siksa?
sakit bro. sakit

kadang berlinang airmata waktu timba ilmu,
patut aku timba ilmu ini aku timba airmata.
sakit bro sakit.
keterpaksaan kau membunuh aku bro.

kau paksa aku memahami, jadi aku faham
untuk kau aku faham.
kau dan aku berbeza. aku pakai janji kau pakai waktu.

ya, apa yang Tuhan janji itu takdir.
aku tahu aku faham, kau genggam lama mana pun hati aku
kalau bukan tangan kau takdir yang menghentak namaku
tetap juga bukan. 

tapi bertahan dan mencuba itu tak salah kan?
kita mampu berjuang tapi kita pilih untuk berhenti di tengah jalan.

tak mengapa, aku okay 
manapun kau berada semoga berbahgia
;)


assalamualaikum

akhirnya habis
hilang

mana pun kau berada semoga kau berbahagia
saya hargai semuanya, 
setiap detik setiap saat, kau usaha aku juga sama
cuma kita tak dapat teruskan.
kalau kau diamkan akan ada keterpaksaan,
bukan tak sayang cuma redha itu lebih baik

kan ?

banyak perkara banyak benda.
kalau tak sempurna itu salah aku, maafkanlah.
aku cuba dah cuba pertahankan.
hati yang tak sanggup tak mungkin dapat berpura pura.
mata tak mungkin dapat menipu.
aku tahu kau sayang aku. 
aku faham dan akan cuba faham.

lagu ni dah seminggu bermain dalam kepala.

Di malam yang sepi
Aku sendirian dengar bisik hati
Ku pejamkan mata
Biarkan dibawa
Kembali ke suatu
Ruang dan masa
Indahnya bila
Dibuai sejarah
Di dalam keasyikan
Terlihatkan seraut wajah

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Ku bertanyakan mana sita
Kembalikan warkah cinta
Moga manis jangan tangis hakis tinta
Semua janji yang pernah dideklarasi
Tinggal puisi sepi minta dideklamasi
Aku masih bergelut memeluk takdir
Detik bermula sehingga kemelut berakhir
Apapun juga keputusan
Aku terima walau jujurnya tak keruan dan
Yang dah berlaku biarkan berlalu
Nescaya nestapaku kan diubat waktu
Kau harus bahagia walau tak bersamaku
Khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
Nahu lagu berbaur tabu ku tahu
Namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
Semoga kau pun merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu

Rindu
Sejujurnya ku menginginkanmu
Di sini bersama menempuh dunia ini

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Andainya diberi kesempatan
Banyak yang mahu kuperkatakan
Menyusur rekahan mengukur punca retakan
Sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
Sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
Mungkin semuanya berpunca dari aku
Yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu

Memorabilia, paraphernalia cinta
Setia mencerita sisa memori tercipta bila
Ku mengadu ke purnama
Bertanyakan khabar pujanggaku di sana
Puisi cinta lama sibuk dihidupkan
Menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
Yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
Tak sempurna tapi ku kan tetap coba
Semoga terus merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu

Tuesday

andai nanti satu saat,
yang kita debatkan itu tak berpenghujung..

andai nanti satu ketika,
yang kita mahu itu jauh sekali kita gapai..

andai nanti satu hari,
kita terpaksa berjauhan..

andai satu masa nanti,
kita tidak mahu membuag ego masing-masing..

izinkan aku memelukmu.
paling erat.

--BSA
selamat satu tahun
selamat hari lahir 
;)

walau apa pun, saya sayang awak , walau apa pun..
tak kesah la kau hati batu ke.
hati kayu ke.
lantak kau lahhhhh keding

masih sanggup makan hati.
yela, aku pun mulut jahat jugak,
kadang pedasss, tapi hati ni, tisu lagi.
kapas

takda siapa nak memahami masa bercinta
hello, kau hanya nak difahami.
kita sama jeeee. 
cuma benda tu kadang buat gaduh, kadang 
makin sayang. amboiiiiii

selamat dua puluh lima tahun alya.
selamat berbahagia.
kalau nak angkat kaki lari sebab kau kurang mana mana
sudah lama kaki ni tak jejak tanah. 
tapi sebab aku pun ada kurangnya.
memang ada celanya sebab aku manusia.
menerima kekurangan itu lebih baik.

cinta

Saturday


terima kaseh carut aku dalam blog kau,

benda yang aku tak nampak, yang aku taktahu.
itu je kau mampu ?

hello, kau dah menikah beranak pinak, 
please move on la. 
cerita apa lagi kau nak tambah,
kau dengar dia, sebab dia cinta hati kau, meh sini 
dengar bekas cinta hati dia bercerita.

aku dah lupa pun nama parents dia la, 
bayang dia pun aku nak simbah asid kalau boleh.
tempat dia duduk dulu pun aku nak samak kalau mampu.
so stop using me as your subject supaya cerita kau menarik.
maybe, kau rasa aku ada daya penarik kot.
maklumlah nak naikkan rating
bluerghhhhhhh.

tolong yaa, tolong.
malas aku nak dengar kawan kawan aku dok bagitau,
printscreen tunjuk aku.
apa lagi nihhh ?
cukup lahhh, jagalaa anak kau tu baik baik.
ingat dia perempuan yaa.
ingat baik baik.
cerita sana sini hal aku,
jangan lupa doa yang baik baik

p/s : kau doa la aku bukan cikgu anak kau satu hari nanti =)

303


masa bercinta ni laa nak rasa kerbau berlari dalam perut, 
cicak menari dalam hati.
panas sejuk beku kebas pedih sakit
haihh semualahh, semuaaa. rasa semua.
303 hari yang mencabar.

nak bertahan macam mana ni?
tak tahulah macam mana. ikot flow jelah.
aku pasak kaki dan hati, sepasang hanya untuk kau,
tapi Tuhan sediakan kita takdir dan masa depan.
cuma jangan sakitkan aku macam ni.

mulut lancang takda sesiapa,
bila berpunya semua kata hilang
apa yang pantang, terpadam.
bila kena pada sobat sobat, disumpah semua lelaki
bila kena diri sendiri?
aku tutup mulut selimut diri.

nak sumpah seranah orang yang pegang hati
tak mungkin laa.
aku rela lap air mata, perah sidai tuala.
biar aku rasa. 
kau senyum bahagia ?

pedih tengok wajah raksasa lain selain aku dalam handphone kau.
sakit tahu! rasanya aku mampu terajang semua kerusi dan meja,
panah kau dengan halilintar kuasa bimasakti 
kerak bumi lapisan paling bawah.
apa apa pun jadi, 
raksasa tetap tahan sebab taknak kau masuk hospital.

banyak benda kau terlepas tahu, kau tak tahu.
aku pun sama, taktahu malam siang kau 
tahu tahu, kau berlakon atas pentas je, 
tahu tahu kau tengah busy je. okay =)
asalkan kau masih bernafas, asalkan kau masih hidup
bahagia dan ceria di samping mereka mereka sudah cukup

macam mana nak bertahan tujuh lapan tahun?
Tuhan je boleh jawab.
aku cuba tahan, tapi kalau Tuhan tak izin,
kau boleh horey terlepas dari aku.
aku akan redha dan berpimpin tangan dengan takdir aku.

" kau hancurkan aku dengan sikapmu,
tak sedarkah kau telah menyakitiku "

maaf aku jiwang, maaf maaf maaf.
berderai airmata sebaldi sekawah pun,
kau belum tentu faham.

take care orang jauh.

Thursday

selamat tinggal hidup bujang

assalamualaikum

since dah lama tak update apa apa, hari ni nak cerita sikit.
bila tahu benda ni, rasa happy sangat, suka sangat, tumpang bahagia.
tapi tak tahu dari mana airmata tu mula.

kawan baik, sebantal, semangkuk, setilam, share semua kalu muat, 
kongsi apa apa saja, tunang je tak boleh kongsi kini menuju hari bahagia.
weyh korang nak menikah dah weyh ! tiga sekali! tiga tiga orang sekali.

berderai airmata, bukan sebab jeles, bukan sebab dengki tapi rasa macam
ada orang dah nak bawak lari sesuatu yang kita sayang.
yang aku ingat masa achik dengan paksu menikah je aku teriak bagai nak rak.
bayangkan paksu aku kawen, berbulan aku meratap. 

aku happy untuk korang, happy sangat. yang penting terima kaseh sebab mintak
aku jadi bridesmaid  korang. phewwww. berpeloh niii. 
aku takot berlinang je airmata aku kat pelamin tu.

walaupun tiga tiga nak menikah tahun depan, which is lambat lagi bagi orang lain. 
tapi untuk aku, dah dekat dahhhh. dah tak lama lagii korang akan tinggalkan 'bujang'
selamat menyusuri alam pernikahan. walau apa pun, walau apa apa pun. tolong sayang akuu
tolong ingat aku. tolong jaga aku selagi aku tak berlaki. 
tolong buat anak anak korang panggil aku mummy yaya. hahaha !

rinduuuu korang sangat, dekat tapi tak selalu jumpa, tapi rinduuu niii.
membuak buak. selalu jumpa aku dalam kat asrama ni. hahaha
malas nak pesan, tapi ingat lepas ni suami paling atas. 

sayang korangggggggg sangat !!!!

Wednesday

A n j e =)

Assalamualaikum

Pepagi buta ni takleh lena,
aicehhh dah pandai dah sekarang ni,
tak boleh lena la, tak boleh tidoq la.
makan boleh pulak. =)

Putus asa dan berserah adalah dua hal yang berbeza.
tudiaaaaa keluaq dahhh, ahahah.
usaha doa usaha tawakkal
berserahlah selepas berhempas pulas.
cubalah dahulu jangan biar iblis tepuk tangan
dengan putusnya harapan kita.

Bila jatuh tak mudah bangkit,
tapi dengan usaha InshaAllah, ada jalan kita.
Allah kan ada, DIA tak pernah lupa kita.
kita usaha tapi kita lupa DIA.
DIA tetap bagi. percayalah.

Awak sedang cuba, sedang usaha
tapi awak jugak sedang putus asa.
jangan takut hadapi masa depan,
Allah bagi jalan dan peluang. awak pilih =)
mahu atau tak, berjuang atau menyerah.

"saya takut laa itu ini bla bla bla bla"
simpan takut awak dalam luggage, sorok bawah katil.
yakinlah janji Allah, kalau awak anggap awak gagal,
dan hidup dalam kegagalan selepas tu.
sampai kiamat pun tak berubah apa.
saya pernah jatuh, saya tau apa rasanya.
susah ! saya tau ! tapi percayalah.
usaha itu tak hidup dalam pasu bunga, rasa untuk usaha itu
berakar dalam hati, suisnya adalah diri kita.
diri sendiri mau ingat.
kau tak buat kau tak dapat.

Jangan putus asa ! Betulkan niat.
Niat yang akan bawak kita ke jalan yang benar,
usaha akan bantu kita teruskan perjalanan.
Allah akan beri apa yang kita usaha.
jangan hempas di tengah jalan.
its not the end of the world yet.
tanam dalam hati, kalau kita tak angkat kaki 
lintas jalan ke seberang, siapa nak seret kita?

Setiap titik peluh keringat si syurga yang berjiwa kental 
setiap kasih sayang si syurga yang berjuang saban hari.
untuk siapa? 
kau rasa hidup kau susah sebab kau rasa akan 
gagal mendapatkan sekelumit kejayaan.
kau kata hidup ni susah sebab kau rasa 
tangga kejayaan kau tak mungkin kau pijak. 
kau tahu susah mereka macam mana?
waktu nak besarkan kau, 
waktu nak suap sebutir nasi ke mulut kau.
waktu nak didik kau, 
waktu itu kau tahu apa dia tanam dalam hati?
"tak mengapa anak ini syurga, anak ini rezeki.
anak ini akan besar dengan keringat aku
satu hari nanti, dia juga akan bangun 
berjuang untuk aku seperti ini"
Dan berputus asa itu bukan perjuangan. 

jangan buat silap, berjuanglah dulu sebelum menyerah.
warisilah kentalnya hati dan jiwa dia,
satu masa nanti, waktu kau benar-benar faham erti perjuangan ni.
maka kau akan selalu lawan hidup ini dengan 
usaha doa dan harapan yang tak pernah putus.
kau hanya akan fikir kau mesti laluinya.
walau payah walaupun kalah.
sebenarnya waktu itu, ibu dan ayah akan senyum.
mereka sudah menang.

p/s : lambat atau cepat, jangan putus asa, aku sayang kau =)
selamat malam.

Tuesday

Hilang Hari 11

Assalamualaikum

Tiba tiba Malaysia tersentak dengan kehilangan
pesawat MAS Airlines yang menuju ke Beijing.
MH370 yang hilang tak nampak bayang.
hari kesebelas yang penuh harapan.
Masih tak dapat jawapan, burung besi berterbangan
kapal besi berarak sepenuh lautan.
masih tiada penyelesaian.

Sedikit sebanyak terpalit kejadian ni, walaupun bukan saudara satu darah
tapi dasar manusia beri kita ruang untuk sama merasai.
tamparan hebat pada keluarga mangsa, negara, pemerintah, rakyat.
hingga tiba-tiba dunia seakan bersatu hanya kerana
sebuah pesawat dan 239 susuk bernyawa dalam perut kapal.

Terlalu banyak spekulasi dan berita palsu yang berterbangan.
Manusia lain mula ambil kesempatan atas kesedihan orang lain.
"sudah jumpa tapi sorok, kerja parti itu, kerja parti ini, heret cerita PRK,
penggunaan bahasa masa pc"
sorong cerita sana sini macam mereka ada dalam perut MH370.
marilah, nanti cabar Tuan PM- Najib Razak dengan
Tuan Menteri Pertahanan- Hishammudin Hussien.
siapapun boleh sarung status tapi bukan semua mampu galas tanggungjawab.

Waktu ini, apa yang penting perasaan keluarga mereka yang hilang.
Tahu apa rasa mereka dengar cerita penuh harapan?
Tahu macam mana perasaan bila orang yang kita
lambai sesaat tadi tiba-tiba hilang tanpa kata?
Tahu apa rasa bila satu satunya anak peluk dan ucap
selamat tinggal dan betul-betul tinggalkan kita tanpa jejak?
Tak tahu kan? rasa tu bukan macam hilang anak kucing atau
rasa pedih terserempak boyfriend sedang leka curang.
takkkkk, you have no idea how it feels. so, stop spreading rumours.

Biarlah mereka buat kerja mereka,
tuduh menuduh bukan jalan penyelesaian.
fitnah dan salah menyalah takkan bawa pulang MH370.
Apa yang berlaku bersebab.
Apa kata ikuti perkembangan dengan hati yang bersih.

Allah sebaik baik perancang,
DIA Maha Tahu, DIA Maha Merancang. DIA Maha Mendengar.
Berkarung bawak doa dalam twitter, facebook, instagram tapi
jangan hentam orang yang tak guna medium itu untuk berdoa.
mana-mana pun Allah dengar dan tahu,
takda masalah, dok saja-saja pun boleh berdoa,
Doakanlah walau dalam diam.

Walau apa pun kemungkinannya, moga mereka kembali.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Thursday

Mcflurry

maaf, gua tak paham bahasa isyarat.
mcflurry tu buat gua gelak sampai subuh td.
tak sangka sudu tu untuk gua.

sudu bukan lambang cinta,
tapi nampak la romantik kau tu.
Ahaha, lain kali cakap.
kalau tak cakap, gua tak paham.
gua lambat sikit benda cmni.
eheeeeee

"comel kau aku je rasa"