Wednesday

paling susah saya buat paling berat saya tanggung.
berjuang itu bukan dengan kata kata saja.
tak cukup menyerah di awal perang, 
kau mati kena sumpahan.

kalau yakin di awalnya, yakinlah sampai habis.
jangan merusuh sendirian di tengah perjalanan.
bisa luka hati yang berjalan.
luka ini bukan seminggu dua mampu sembuh.

yakin bila mahu, bukan mahu masa sunyi.
sayang tu ada, cinta tu bertebaran.
aku kutip sisa sisa yang kau buang.
aku tampal sambil sembur kekuatan.

kau bunuh aku waktu kau tumpah kasihan 
pada kawan yang ditinggalkan.
kau lupa aku juga siksa?
sakit bro. sakit

kadang berlinang airmata waktu timba ilmu,
patut aku timba ilmu ini aku timba airmata.
sakit bro sakit.
keterpaksaan kau membunuh aku bro.

kau paksa aku memahami, jadi aku faham
untuk kau aku faham.
kau dan aku berbeza. aku pakai janji kau pakai waktu.

ya, apa yang Tuhan janji itu takdir.
aku tahu aku faham, kau genggam lama mana pun hati aku
kalau bukan tangan kau takdir yang menghentak namaku
tetap juga bukan. 

tapi bertahan dan mencuba itu tak salah kan?
kita mampu berjuang tapi kita pilih untuk berhenti di tengah jalan.

tak mengapa, aku okay 
manapun kau berada semoga berbahgia
;)


assalamualaikum

akhirnya habis
hilang

mana pun kau berada semoga kau berbahagia
saya hargai semuanya, 
setiap detik setiap saat, kau usaha aku juga sama
cuma kita tak dapat teruskan.
kalau kau diamkan akan ada keterpaksaan,
bukan tak sayang cuma redha itu lebih baik

kan ?

banyak perkara banyak benda.
kalau tak sempurna itu salah aku, maafkanlah.
aku cuba dah cuba pertahankan.
hati yang tak sanggup tak mungkin dapat berpura pura.
mata tak mungkin dapat menipu.
aku tahu kau sayang aku. 
aku faham dan akan cuba faham.

lagu ni dah seminggu bermain dalam kepala.

Di malam yang sepi
Aku sendirian dengar bisik hati
Ku pejamkan mata
Biarkan dibawa
Kembali ke suatu
Ruang dan masa
Indahnya bila
Dibuai sejarah
Di dalam keasyikan
Terlihatkan seraut wajah

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Ku bertanyakan mana sita
Kembalikan warkah cinta
Moga manis jangan tangis hakis tinta
Semua janji yang pernah dideklarasi
Tinggal puisi sepi minta dideklamasi
Aku masih bergelut memeluk takdir
Detik bermula sehingga kemelut berakhir
Apapun juga keputusan
Aku terima walau jujurnya tak keruan dan
Yang dah berlaku biarkan berlalu
Nescaya nestapaku kan diubat waktu
Kau harus bahagia walau tak bersamaku
Khabarnya hidupmu kini ibarat ratu
Nahu lagu berbaur tabu ku tahu
Namun bukan niat ‘tuk menggugat dan menggangu
Semoga kau pun merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu

Rindu
Sejujurnya ku menginginkanmu
Di sini bersama menempuh dunia ini

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Manapun kau berada
Semoga berbahagia

Andainya diberi kesempatan
Banyak yang mahu kuperkatakan
Menyusur rekahan mengukur punca retakan
Sejujurnya dirimu tak kupersalahkan
Sempurna perbuatan, perkataan dan perwatakan
Mungkin semuanya berpunca dari aku
Yang selalu keterlaluan memahukan sesuatu

Memorabilia, paraphernalia cinta
Setia mencerita sisa memori tercipta bila
Ku mengadu ke purnama
Bertanyakan khabar pujanggaku di sana
Puisi cinta lama sibuk dihidupkan
Menjadi senandung lestari bayu tiup-tiupkan
Yang kau nyanyikan aku nyanyi juga
Tak sempurna tapi ku kan tetap coba
Semoga terus merindui
Dua lokasi, hati satu frekuensi,
Aku rindu

Tuesday

andai nanti satu saat,
yang kita debatkan itu tak berpenghujung..

andai nanti satu ketika,
yang kita mahu itu jauh sekali kita gapai..

andai nanti satu hari,
kita terpaksa berjauhan..

andai satu masa nanti,
kita tidak mahu membuag ego masing-masing..

izinkan aku memelukmu.
paling erat.

--BSA