paling susah saya buat paling berat saya tanggung.
berjuang itu bukan dengan kata kata saja.
tak cukup menyerah di awal perang,
kau mati kena sumpahan.
kalau yakin di awalnya, yakinlah sampai habis.
jangan merusuh sendirian di tengah perjalanan.
bisa luka hati yang berjalan.
luka ini bukan seminggu dua mampu sembuh.
yakin bila mahu, bukan mahu masa sunyi.
sayang tu ada, cinta tu bertebaran.
aku kutip sisa sisa yang kau buang.
aku tampal sambil sembur kekuatan.
kau bunuh aku waktu kau tumpah kasihan
pada kawan yang ditinggalkan.
kau lupa aku juga siksa?
sakit bro. sakit
kadang berlinang airmata waktu timba ilmu,
patut aku timba ilmu ini aku timba airmata.
sakit bro sakit.
keterpaksaan kau membunuh aku bro.
kau paksa aku memahami, jadi aku faham
untuk kau aku faham.
kau dan aku berbeza. aku pakai janji kau pakai waktu.
ya, apa yang Tuhan janji itu takdir.
aku tahu aku faham, kau genggam lama mana pun hati aku
kalau bukan tangan kau takdir yang menghentak namaku
tetap juga bukan.
tapi bertahan dan mencuba itu tak salah kan?
kita mampu berjuang tapi kita pilih untuk berhenti di tengah jalan.
tak mengapa, aku okay
manapun kau berada semoga berbahgia
;)