Thursday

Seksa

Bila kita rasa kita selesa dengan orang tu,
Maksudnya jangan terlalu selesa

Mungkin selesa itu sementara,
Selesa sementara itu seksa

                               Paling seksa 

Kerna apa?
Kerna dia datang palitkan manis
Pahitnya dia sembur saat kita khayal

               Sabarlah senyumlah
                   Bahagia itu tetap milik kita, Allah dah janji ;)

pendosa atau penjasa

Assalamualaikum
again ! hahah !

well, baru lepas tengok movie korea.
'Miracle In Cell Number Seven'
dan aku berlinang bergenang airmata.
sedehhhhhh sedehhhh sedehhhh
pengorbanan ayah terhadap anaknya,
even ayahnya tak bersalah,
 tapi terpaksa berkorban demi nyawa anak.
ayah budak perempuan tu mati di tali gantung 
atas sebab kesalahan yang dia tak buat.
erghhhh kejamnya manusia.

sampai ke katil aku bawak airmata ni.
ambuih, bukan mendalami tak habes habes,
cuma, hey i think of my parents.
dosa masih berlipat terlipat dengan mereka.
aku memikir jasa apa yang aku dah buat untuk mereka.
taktau nak mula dari mana. jasa atau dosa?
ampunkan anakmu ini mama abah umi.
masa berlalu pantas sekarang,
sama ada aku yang mati dulu atau mereka yang pergi dulu,
betul kan? mati tak kira tua atau muda. 
apa pun terjadi, siapapun yang pergi awal atau lambat,
kaseh sayang kita takkan mati sampai disini.

Banyak sangat cakap yang mengguris,
banyak sangat perlakuan yang menyakitkan hati mereka.
kadang kadang ada juga yang aku sendiri tak puas hati
tapi telan terima apa yang mama abah beri.
kuncinya, give and take.
dan banyaklah memberi kerana satu hari kita
pun akan ada di tempat mereka.
dan kita pun akan rasa benda yang sama,
kita lupa siapa kita masa muda tapi 
bila kita tua kita akan sedar bila kita kenang 'dosa' kita yang terlepas.
Moga tak terlibat dalam situasi itu.
kita rasa kita takda dosa dengan mak dan abah 
sebab mereka tak pernah cakap or marah.
tapi ucapkanlah kata maaf sesekali agar kita sedar diri kita,
dan terhindar dari dosa dengan mereka.
doa ibu bawa kita ke syurga dan kunci ada pada abah.
im sorry for everything, iloveyou mama abah umi.
;)

moga Allah panjangkan usia mereka, berikan kesihatan yang baik 
dan berkati mereka dunia dan akhirat 
Aamiin.InshaAllah

Erghh

Assalamualaikum
hey hey hey 
;)

Cuti study week yang tak tenang
walaupun bagi sebulan cuti untuk study, 
masih ada yang akan study pada saat akhir 
trust me ! errghhh
well, cuti ni, walaupun saya tak study, tapi tapi
hati ni tak tenang fikirkan exam.
haaaa, at least fikir. kahkahkah
seteghesss sebenarnya tengok segala akta ni.
tapi itu pilihan kita kan ?
i mean its my choice, i choose this path so terima saja.

dah lepas killer presentation Etika dan Nilai dalam Pembangunan
oh Dr.Mizi. we gonna miss you after this.
masa awal masuk kelas dr.mizi 
minggu ketiga masa tu. blur gila, memang blur. 
sampai minggu keenam pun masih.
 tapi lepas luangkan masa dengan dengan Dr.Mizi
masa tu nak bincang pasal topik kajian.
ioulsss ni minggu ke8 baru nak bincang, 
orang lain dah tungging terbalik buat assignment.
Dr,Mizi gelak, macam biasa. kenyit mata macam biasa.
comel jee tengok dia.
sejak haritu, kami tak sabar masuk kelas dia. 
tak sabar nak dengar apa yang dia nak cakap.
Dr.Mizi banyak bantu buka mata kami.
well, bila dia cakap, dia nak kita fikir.
dia nak idea kita, dia nak isi dari kita.
Apa yang awak faham tentang etika?
thank you Dr.Mizi, segala penat lelah hilang bila Dr.Mizi cakap 
"Im Proud Of You"
and we are proud to be your students ;)

minggu depan dah start final exam,
Moga Allah permudahkan urusan kami.
usaha doa tawakal !
chaiyok Alya !

Sunday

Sebeban Rasa

Assalamualaikum

nak buat kerja, tak buat buat, dok tekan je laptop ni
dok scroll status, baca info,
lagho alya, lagho. kerja tak jalan jugak.

tiba-tiba hati sedeh, sedeh ni, berlinang airmata.
awat taktau hati terkenang dulu dulu.
diri sendiri dihambakan dengan dunia.
sekarang pun rasa tak kena lagi.
memang tak kena. rasa tak tenang hati ni.
cuba perbetul diri. kadang -kadang TAKPELAH itu datang.
Ya Allah kuatkan hati aku.
hati kena kuat alya, hati kena kuat.
jangan menyerah cepat. nak buat baik memang macam ni.

at least i try to repair my life.
repair tu macam sedap sikit. repair ;)
dosa semalam, dosa hari ni, dosa hari hari lepas, 
tahun tahun lepas, jam dan minit yang lepas. 
Taubatan Nasuha Alya.jangan buang masa lagi. 
sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan
orang yang suka membuang masa.
dan aku harap aku mampu keluarkan diri 
aku dari berada dalam golongan itu.
aku sedang berperang dengan dunia sendiri.
Berperang dunia seiringan dengan doa mama dan abah.
Jangan malas Alya Jangan malas !

dah setahun lebih aurat ni bertutup, Alhamdulillah.
kalau dulu liat nak tutup, 
sekarang rasa lain bila tak tutup.
bukan riak, tapi ini yang saya nak share dengan semua. 
saya bahagia lihat abah saya tersenyum 
redha bila saya nak keluar rumah.
abah tak risau macam dulu, 
terima kaseh Allah.

dalam rasa syukur itu, 
tiba tiba terbaca kata-kata
"mati masih bawa dosa, 
sebab orang tengok gambar kita di facebook tak tutup aurat'
Nauzubillah, aku mencari cari jugak 
gambar aku yang tak bertudung dulu. 
rasanya semua sudah takdak, 
tapi teringat gambar yang orang lain tagged .
kalau orang yang baca entry ni ada simpan 
gambar saya yang tak menutup aurat, 
mohon jasa baik, tolong delete ya.
entry ni mungkin annoyingkan orang lain. 
tapi ni satu cara saya kurangkan sebeban dosa.
terima kaseh 

Tahun depan jangkau 24 tahun.
24 tahun hidup sekarang baru nak bersyukur.
Alhamdulillah, jalan masih terbuka untuk aku.
terima kaseh Allah.
dalam hidup ni, bila kita jumpa orang yang salah berkali kali, 
even kita buat salah berkali kali, 
buat pilihan yang salah berkali kali.
Allah tetap ada untuk kita, aku je yang asyik lupa.
moga ingatan lebih kuat. moga Allah ampuni dosa aku
mama abah umi tetap ada untuk kita, adik adik dan sahabat tetap ada.

Moga hari selepas ini lebih baik untuk aku.
moga Allah sentiasa bersama niat aku,
moga aku menjadi manusia yang bersyukur,
moga aku jadi umat yang lebih baik.
moga aku mampu beri senyuman bahagia dunia dan 
akhirat untuk mama abah dan umi.
moga kecewa aku pulih hilang tanpa bekas.
moga aku tersenyum melihat kecewa aku berlalu.
Moga Allah temukan aku dengan bakal zauj yang soleh.
Aamiin Ya Rabbal Al amin

Friday

assalamualaikum

minggu ketiga belas yang menggila.
minggu depan dua presentation kena hadap.
Moga Allah kuatkan hati hambaNYA yang rapuh ini.

dalam hati berbolak balik.
plan B, plan B plan B
nak buat ke tak?
moga nampak jalan.
moga nampak jalan.

"jika aku bukan jalanmu, ku berhenti mengharapkan mu"
ambuihhh, ayat.
ehhh tu lagu laaa.
Jodoh Pasti Bertemu - Afgan yang nyanyi.
dahhh, dah berhenti dahh.
nampak muka senyum nii.
hati sakit, kita senyum jaa
nanti hati akan sembuh pelan pelan.
takpaaa, Allah tolong.
Allah bersama dengan niat baik kita.

macam niat ni nak nikah muda.
ehhh ehhh tak nampak rupa jodoh lagi dah pasang niat.
betul laa, niat tu penting.
bukan galak, elak dosa.
errr. banyak benda kena fikir,
tapi kalau sampai masa,
ketepi kekanan kekiri, pasti jadi.
ingat, Allah sentiasa bersama niat baik kita.
jadi bersangka baiklah dengan Allah.
InshaAllah. ada jalan terbaik terbuka untuk hidup dan mati kita ;)
aishhhh lama laa Encik Songkok nak timbul,
Cik Shawl sabar menanti ni
kihkihkih, macam comel je.

 Moga Allah ampuni dosa saya semalam hari ni dan sampai bila bila.
banyak khilaf sedar atau tidak saja.
khilaf dengan mama abah,
moga mereka ampuni anak mereka ini.
maaf buat rasa rindu itu terbakar.
saya pun rinduuuu.
doakan anakmu ini tabah di sini.
Amin
*chet, over macam dok obersi plak.

Bulan kaseh sayang agaknya Disember ni.
tiga sahabat telah naik satu fasa
dua menyarung cincin di jari manis.
Ejan merisik Sepet dirisik Erma diikat.
Nana bakal terikat.
yang di sini masih terkulat kulat.
jodoh mereka, jodoh mereka 
saya bahagia untuk mereka.
Moga Allah permudahkan urusan mereka
:)

     

Alhamdulillah semua berjalan lancar.