Monday

Assalamualaikum

secebis rasa yang kau beri buat aku 'mati'.
ambuihhhh. ayat. bikin panas.

Genap 28 hari bertapa di UPM.
"FEM FEM FEM"
Dulu KTT tercinta, sekarang UPM tercinta.
tugasan berganda dari waktu diploma.
biasalah ranjau sebelum bahagia.

"jika aku bukan jalanmu, ku berhenti mengharapkanmu"
ehh ehh ayat, ada nii adaa. malas nak cerita je.
malas malas malas.
"jalan cinta ini yang kau katakan padaku 
apakah kita harus teruskan perjalanan"
kisahnya, kau nak seperti irma hasmie
 tapi yang kau tangkap miley cyrus?
ehhh takpa, jodoh kan? 

"pegang tanganku seeratnya, dunia ini berputar ligat"

"jika aku memang tercipta untukmu, ku kan memilikimu,
 jodoh pasti bertemu"
errrrrr

;)))))

Wednesday

Assalamualaikum
Selamat menjadi mahasiswi
Universiti Putra Malaysia
:)

memijak ke tempat yang menjadi impian sepanjang masa
membunga hati berwarna hari
im here and im part of it.
Alhamdulillah. terima kaseh Allah.

bertukar tempat, meninggalkan 'mereka'
abah mama umi, the bon bon girls, selamat tinggal PDC.
Sedehnya Tuhan saja yang tahu.
moga kejauhan ini memberi satu erti buat kita semua.
moga kaseh sayang teguh di situ.
jangan lupakan daku.
air mata tumpah acap kali teringat.
sedeh sumpah sedeh.

Moga Allah kuatkan aku, tabahkan aku
tegarkan hatiku, berdiri atas nawaitu itu.
aku pasti harus wajib habiskan apa yang aku mulakan.
biar sakit biar payah.
aku tahu doa mereka bersama aku.
aku tahu susah ini akan dibayar dengan kebahgiaan.

terima kaseh tangan yang menggenggam di sini.
sambut bila jatuh, dengar bila gundah.
sorongkan bahu bila diperlu.
ambil tanggungjawabnya seperti sedarah.

sedeh ini aku bawa berlari, rindu itu hanya mereka tahu.
jatuh bangun berdiri tersungkur.
adat dunia adat rasa.
InshaAllah. pasti berjaya harunginya.

p/s : Allah tunaikan hasrat saya, Allah berikan apa yang saya perlu.tapi Allah biar saya tahu setiap apa yang kita mahu kadangkala perlukan pengorbanan yang besar, tebal rasa sakit, sakit rasa rindu. Allah ajar kita sabar. Sabar itu kita yang punya. jadi aku bersabarlah demi nawaitu ku yang sebenar.