Assalamualaikum
sebab nak buat kek tak pandai jadi buat kek segera macam ni.
haaa ni gua pandai.
serius serius gua pandai baq ang.
buat sempena hari bapa hari tu
kek cheese tak payah bakaq
cuma letak dalam peti ais tiga jam sahaja.
jeng jeng jeng
resipi lapuk kot tapi aku baru tau.
kahkahkah
ni bahan bahan nak buat benda tu.
haaa kosnya tak sampai TIGA PULUH RINGGIT MALAYSIA.
tapi kalau nak makan hat sedap dan delivery hanya sekitar pulau pinang
bergantung pada keadaan.
nin diaaa pi blog niii.
kek beliau sedap dan menawarkan harga berpatutan.
habaq ja nak kek apa.
okay okay, cukup promo.
berbalik pada kek cheese sangat tu
cara buat kek cheese sangat tu.
1. lanyak chipmore bagi hancoq. gunalah apa pun ikot suka hampa
2. cairkan butter pastu campoq dan gaul dengan biskut
yang hancoq lunyai tu,
3. dah ratakan dalam loyang ka apa ka bekas yg hampa suka.
then masuk dalam peti ais selamat 20minit.
4. campoq bahan segala apa yg ada untuk cream cheese.
perahan lemon tu. aku letak dua sudu makan
esen vanilla 1 atau 2 sudu teh
then susu pekat aku letak suku tin.
5. gaul sampai rata pastu tuang dalam loyang biskut td.
pastu letak dalam peti ais 3 jam atau sekerat malam.
kalau aku buat malam, aku simpan sampai esok pagi.
ni la hasilnyaaa
sekian.
p/s : rupa hudoh sikit, tapi makan sedap jugak. cheh angkat bakoi sendiri ;)