Monday

;)

Assalamualaikum
hari siang mendatang malam bertamu
aku masih seperti dulu.
ambuihh, 

sehari hari ni gua terguris. sikit sikit 
manusia berperasaan sememangnya merasa

masih seperti biasa meneruskan kehidupan
meneruskan perjalanan.
dugaan yang pasti ada dan selalu ada.

sampai satu saat rasa diri seperti diperlakukan sesuka hati,
ada masa mahu marah dimarahnya
ada masa mahu dimaki dimakinya
ada masa mahu bersenda disendanya bagai gila.
ada masa terlalu mahu di hormati
perlakuan tak berada di posisi
terpesong sana sini hingga hilang rasa tunduk

memberi dan menerima
perlu ada kalau ingin rasa adilnya manusia
hormatilah jika ingin dihormati.
jika asyik menengking, jika asyik menerjah
jika asyik marah hati akan beku
tak masuk tanah pun jika rasa hormat itu ditunjuk

kalau sayang, bataskanlah kesempatan
jangan melebihi ukuran, jangan terlalu meginginkan
kerana bersifat kepunyaan itu bahaya untuk diri dan perasaan. 

yang menyayangi akan menjaga hati lantas hati sendiri dilukai
yang menginginkan rasa berkorban tanpa sedar sebenarnya menyiksakan.
bertimbang rasalah.

memang aku pandai cakap.
tapi bagi yang ditindas mereka paham
bagi yang menindas rasa dalam
belit lidah menidakkan belit rasa menyalahkan
akhirnya aku yang dikata perasan
"kau hanya pandai cakap" 
;)