Bismillahirrahmanirrahim
semoga Mas Alya Binti Yusof terus tabah dalam
mengharungi kehidupan, penantian, kekecewaan
ujian Allah dan sebagainya.
semoga ujian Allah ini menjadikan aku manusia yang semakin bertakwa
kepada tuhanku Allah.
sesetengah orang takkan faham situasi kita dan kita tak boleh
paksa mereka untuk paham apa yang kita lalui.
harapku segala yang aku tanggung dalam hati ni
menjadikan aku manusia yang lebih bersyukur di masa depan.
orang pandang dan dengar dari sebelah
terpulang, tapi jangan tuding dan tuduh sesuka hati.
kita tidak sejalan, kau di lorong sendiri
aku punya lorong sendiri.
cuma Tuhan kita sama
Allah.
bahu aku yang memikul, hati aku yang merasa.
waktu aku perlu kau tiada, sekarang kau mencerca.
moga Allah tahu hati aku, moga kau fahami aku
seperti kau harap kami memahami kau.
mungkin status kau tinggi, tapi jangan guna status untuk menghukum
semua ini mungkin karma, mungkin kebetulan yang tak tersengaja.
sekarang aku hanya mampu berdoa
agar Allah permudahkan urusanku dunia dan akhirat.
harapnya dosaku diampunkan, bukan sengaja ku lakukan.
diam ini datang dari rasa yang terluka.
sangat terluka, aku tahu kau rasa.
aku sentiasa letak kau di tempat mulia,
tapi tolonglah hentikan semua nista.
jangan berlakon tiada apa, sedangkan di belakang
kau sama sahaja seperti mereka.
maaf ampun kepada kau dan aku harap tempatmu syurga.
semua jasamu ku kenang sampai bila bila.
p/s : apa yang salah jadikan sempadan dan peringatan, kita manusia di dunia.









