Thursday

Seksa

Bila kita rasa kita selesa dengan orang tu,
Maksudnya jangan terlalu selesa

Mungkin selesa itu sementara,
Selesa sementara itu seksa

                               Paling seksa 

Kerna apa?
Kerna dia datang palitkan manis
Pahitnya dia sembur saat kita khayal

               Sabarlah senyumlah
                   Bahagia itu tetap milik kita, Allah dah janji ;)

pendosa atau penjasa

Assalamualaikum
again ! hahah !

well, baru lepas tengok movie korea.
'Miracle In Cell Number Seven'
dan aku berlinang bergenang airmata.
sedehhhhhh sedehhhh sedehhhh
pengorbanan ayah terhadap anaknya,
even ayahnya tak bersalah,
 tapi terpaksa berkorban demi nyawa anak.
ayah budak perempuan tu mati di tali gantung 
atas sebab kesalahan yang dia tak buat.
erghhhh kejamnya manusia.

sampai ke katil aku bawak airmata ni.
ambuih, bukan mendalami tak habes habes,
cuma, hey i think of my parents.
dosa masih berlipat terlipat dengan mereka.
aku memikir jasa apa yang aku dah buat untuk mereka.
taktau nak mula dari mana. jasa atau dosa?
ampunkan anakmu ini mama abah umi.
masa berlalu pantas sekarang,
sama ada aku yang mati dulu atau mereka yang pergi dulu,
betul kan? mati tak kira tua atau muda. 
apa pun terjadi, siapapun yang pergi awal atau lambat,
kaseh sayang kita takkan mati sampai disini.

Banyak sangat cakap yang mengguris,
banyak sangat perlakuan yang menyakitkan hati mereka.
kadang kadang ada juga yang aku sendiri tak puas hati
tapi telan terima apa yang mama abah beri.
kuncinya, give and take.
dan banyaklah memberi kerana satu hari kita
pun akan ada di tempat mereka.
dan kita pun akan rasa benda yang sama,
kita lupa siapa kita masa muda tapi 
bila kita tua kita akan sedar bila kita kenang 'dosa' kita yang terlepas.
Moga tak terlibat dalam situasi itu.
kita rasa kita takda dosa dengan mak dan abah 
sebab mereka tak pernah cakap or marah.
tapi ucapkanlah kata maaf sesekali agar kita sedar diri kita,
dan terhindar dari dosa dengan mereka.
doa ibu bawa kita ke syurga dan kunci ada pada abah.
im sorry for everything, iloveyou mama abah umi.
;)

moga Allah panjangkan usia mereka, berikan kesihatan yang baik 
dan berkati mereka dunia dan akhirat 
Aamiin.InshaAllah

Erghh

Assalamualaikum
hey hey hey 
;)

Cuti study week yang tak tenang
walaupun bagi sebulan cuti untuk study, 
masih ada yang akan study pada saat akhir 
trust me ! errghhh
well, cuti ni, walaupun saya tak study, tapi tapi
hati ni tak tenang fikirkan exam.
haaaa, at least fikir. kahkahkah
seteghesss sebenarnya tengok segala akta ni.
tapi itu pilihan kita kan ?
i mean its my choice, i choose this path so terima saja.

dah lepas killer presentation Etika dan Nilai dalam Pembangunan
oh Dr.Mizi. we gonna miss you after this.
masa awal masuk kelas dr.mizi 
minggu ketiga masa tu. blur gila, memang blur. 
sampai minggu keenam pun masih.
 tapi lepas luangkan masa dengan dengan Dr.Mizi
masa tu nak bincang pasal topik kajian.
ioulsss ni minggu ke8 baru nak bincang, 
orang lain dah tungging terbalik buat assignment.
Dr,Mizi gelak, macam biasa. kenyit mata macam biasa.
comel jee tengok dia.
sejak haritu, kami tak sabar masuk kelas dia. 
tak sabar nak dengar apa yang dia nak cakap.
Dr.Mizi banyak bantu buka mata kami.
well, bila dia cakap, dia nak kita fikir.
dia nak idea kita, dia nak isi dari kita.
Apa yang awak faham tentang etika?
thank you Dr.Mizi, segala penat lelah hilang bila Dr.Mizi cakap 
"Im Proud Of You"
and we are proud to be your students ;)

minggu depan dah start final exam,
Moga Allah permudahkan urusan kami.
usaha doa tawakal !
chaiyok Alya !

Sunday

Sebeban Rasa

Assalamualaikum

nak buat kerja, tak buat buat, dok tekan je laptop ni
dok scroll status, baca info,
lagho alya, lagho. kerja tak jalan jugak.

tiba-tiba hati sedeh, sedeh ni, berlinang airmata.
awat taktau hati terkenang dulu dulu.
diri sendiri dihambakan dengan dunia.
sekarang pun rasa tak kena lagi.
memang tak kena. rasa tak tenang hati ni.
cuba perbetul diri. kadang -kadang TAKPELAH itu datang.
Ya Allah kuatkan hati aku.
hati kena kuat alya, hati kena kuat.
jangan menyerah cepat. nak buat baik memang macam ni.

at least i try to repair my life.
repair tu macam sedap sikit. repair ;)
dosa semalam, dosa hari ni, dosa hari hari lepas, 
tahun tahun lepas, jam dan minit yang lepas. 
Taubatan Nasuha Alya.jangan buang masa lagi. 
sesungguhnya aku tergolong dalam kalangan
orang yang suka membuang masa.
dan aku harap aku mampu keluarkan diri 
aku dari berada dalam golongan itu.
aku sedang berperang dengan dunia sendiri.
Berperang dunia seiringan dengan doa mama dan abah.
Jangan malas Alya Jangan malas !

dah setahun lebih aurat ni bertutup, Alhamdulillah.
kalau dulu liat nak tutup, 
sekarang rasa lain bila tak tutup.
bukan riak, tapi ini yang saya nak share dengan semua. 
saya bahagia lihat abah saya tersenyum 
redha bila saya nak keluar rumah.
abah tak risau macam dulu, 
terima kaseh Allah.

dalam rasa syukur itu, 
tiba tiba terbaca kata-kata
"mati masih bawa dosa, 
sebab orang tengok gambar kita di facebook tak tutup aurat'
Nauzubillah, aku mencari cari jugak 
gambar aku yang tak bertudung dulu. 
rasanya semua sudah takdak, 
tapi teringat gambar yang orang lain tagged .
kalau orang yang baca entry ni ada simpan 
gambar saya yang tak menutup aurat, 
mohon jasa baik, tolong delete ya.
entry ni mungkin annoyingkan orang lain. 
tapi ni satu cara saya kurangkan sebeban dosa.
terima kaseh 

Tahun depan jangkau 24 tahun.
24 tahun hidup sekarang baru nak bersyukur.
Alhamdulillah, jalan masih terbuka untuk aku.
terima kaseh Allah.
dalam hidup ni, bila kita jumpa orang yang salah berkali kali, 
even kita buat salah berkali kali, 
buat pilihan yang salah berkali kali.
Allah tetap ada untuk kita, aku je yang asyik lupa.
moga ingatan lebih kuat. moga Allah ampuni dosa aku
mama abah umi tetap ada untuk kita, adik adik dan sahabat tetap ada.

Moga hari selepas ini lebih baik untuk aku.
moga Allah sentiasa bersama niat aku,
moga aku menjadi manusia yang bersyukur,
moga aku jadi umat yang lebih baik.
moga aku mampu beri senyuman bahagia dunia dan 
akhirat untuk mama abah dan umi.
moga kecewa aku pulih hilang tanpa bekas.
moga aku tersenyum melihat kecewa aku berlalu.
Moga Allah temukan aku dengan bakal zauj yang soleh.
Aamiin Ya Rabbal Al amin

Friday

assalamualaikum

minggu ketiga belas yang menggila.
minggu depan dua presentation kena hadap.
Moga Allah kuatkan hati hambaNYA yang rapuh ini.

dalam hati berbolak balik.
plan B, plan B plan B
nak buat ke tak?
moga nampak jalan.
moga nampak jalan.

"jika aku bukan jalanmu, ku berhenti mengharapkan mu"
ambuihhh, ayat.
ehhh tu lagu laaa.
Jodoh Pasti Bertemu - Afgan yang nyanyi.
dahhh, dah berhenti dahh.
nampak muka senyum nii.
hati sakit, kita senyum jaa
nanti hati akan sembuh pelan pelan.
takpaaa, Allah tolong.
Allah bersama dengan niat baik kita.

macam niat ni nak nikah muda.
ehhh ehhh tak nampak rupa jodoh lagi dah pasang niat.
betul laa, niat tu penting.
bukan galak, elak dosa.
errr. banyak benda kena fikir,
tapi kalau sampai masa,
ketepi kekanan kekiri, pasti jadi.
ingat, Allah sentiasa bersama niat baik kita.
jadi bersangka baiklah dengan Allah.
InshaAllah. ada jalan terbaik terbuka untuk hidup dan mati kita ;)
aishhhh lama laa Encik Songkok nak timbul,
Cik Shawl sabar menanti ni
kihkihkih, macam comel je.

 Moga Allah ampuni dosa saya semalam hari ni dan sampai bila bila.
banyak khilaf sedar atau tidak saja.
khilaf dengan mama abah,
moga mereka ampuni anak mereka ini.
maaf buat rasa rindu itu terbakar.
saya pun rinduuuu.
doakan anakmu ini tabah di sini.
Amin
*chet, over macam dok obersi plak.

Bulan kaseh sayang agaknya Disember ni.
tiga sahabat telah naik satu fasa
dua menyarung cincin di jari manis.
Ejan merisik Sepet dirisik Erma diikat.
Nana bakal terikat.
yang di sini masih terkulat kulat.
jodoh mereka, jodoh mereka 
saya bahagia untuk mereka.
Moga Allah permudahkan urusan mereka
:)

     

Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Wednesday



~ Maybe its the way you move, 
You got me dreaming like a fool ~

Move On Alya.
itu saja

Move On
Move On
Move On
Move On

lepas tu senyum lebar lebar.
Kuatkan hati

Misi mencari bakal songkok hidup dan akhiratku bermula ;)

Monday

" bila kita sabar, bila kita terima apa yang 
jadi pada kita atas nama Redha, 
Syaitan menggelupur seksa, 
kita tak ikut dia untuk rasa kecewa"

Moga Allah ingatkan aku selalu yang sering terlupa padaNYA.
hati manusia ini ingat manusia lebih dari DIA.
tapi DIA, masih sayangkan kita.
Moga Allah pelihara aku dari bisikan syaitan dan iblis
yang mohon aku memilih jalan pelik itu.
yang ketawa bila aku marah dan kecewa.

Ujian tu tanda Dia sayang pada kita.
terimalah biar payah.
demi cinta manusia, kita sanggup bersusah payah,
buang minyak kereta, cakap di telefon berjam jam lamanya, 
pujuk merayu, hari hari rindu.
demi kasih sayangNYA, 
kita hanya perlu berada di sejadah dan sebut namaNYA.
tak susah pun. tak susah tapi terlupa selalu.
Hinanya aku. 

saya menulis ni atas nama diri sendiri.
kerana saya manusia yang sering terlupa.
abaikan makanan hati, hingga hati jadi sakit.
inilah saya.
tapi saya sedang cuba perbaiki, InshaAllah.
moga Allah permudahkan jalan kita semua.
tak salah niat untuk menjadi yang lebih baik. 

salah dan silap yang saya lakukan setiap hari
kata kata yang buat sesiapa terguris, 
saya akan perbaiki, tak janji baiki hari ni esok elok.
tapi lambat atau cepat saya akan cuba baiki. 
mohon doa semua ;)

"jangan fikir apa orang kata, fikir apa yang Allah hantar bila kita usaha dan redha"
Assalamulaikum
sabar tebal tebal, senyum lebar lebar
hati akan sejuk.

bila tengok gambar dalam phone,
dibelek belek, sedeh.
dushh dushh dushh
cukup alya, cukup !

"separuh hati ini telah kau bawa...
seketika badai datang mengoyah kedamaian kita"
dushhh lirik ni. playlist nii jahat.
retak hati saya ;(
Moga Allah kuatkan aku selalu, tabahkan hati aku.
Percaya pada perancanganNYA. 
masih awal lagi alya.
sabar tebal tebal sayang !
senyum lebar lebar !
pasti dapat lalui jalan ni !
Pasti !

Hari ni dua bulan ;)
dan hari ni lepas dah perhitungan hari.
what you expect? nothing, thank you.
im used to it.
dont worry even you didnt worry at all.
im okay. and im trying to be okay.
at least.
jangan dipaksa hati yang tak sudi
nampak tu? jangan dipaksa.
bukan paksa, tapi mencuba.
its okay, im used to it.

petang tadi, ada date ;)
Putry ! 
mama dia bawak jumpa kite tauu,
dia pelok kite taknak lepas. sweet tak?
jujurnya sayang budak budak ni.
berminggu minggu cakap pasal kakak dia ni kat mama dia.
at last jumpa jugak.
dia sweet sangat, rinduuu kata dia.
macam rindu je, macam sayang je.
dia tiru gaya macam comel je.
Putry, kakak sayang adik tau.
nanti jumpa lagi tau.

Mama Putry ni dia menikah awal, masa umur dia 16 tahun.
anak dia yang sulung, umur 20 tahun.
makanya umur mama putry baru 36 tahun.
pergh pergh pergh
tersedak saya mendengarnya.
kakak ni umur 23tahun kecewa patah hati kendong kesabaran.
berharap jodoh jatuh ke riba, 
Allah tahu segalanya. 
Indahnya menikah muda 

"ingat selalu aku sayang padamu"

Sunday

assalamualaikum

Moga hari ini lebih baik dari semalam.
Tetapkan dalam hati
 'Perancangan Allah itu sentiasa baik untuk hambaNYA'
Usahalah lebih lagi, moga yang kita dapat juga 
berlebihan baiknya dari Allah.

saya manusia biasa, tak terlepas dari kesilapan.
hari ni cakap takmau buat, lusa buat juga.
maafkan saya. Moga Allah maafkan saya.
moga saya sentiasa menjadi manusia yang istiqomah.

bila marah, yang keluarnya api.
tapi bila hilang marah tu, perasaan sudah jadi abu.
menyesalnya cakap bukan bukan.
bila marah sumpahlah mereka dengan kata kata yang baik.
kita akan bahagia, hilang
 rasa sakit hati.
kuncinya sabar, Allah tahu hati kita.
sabar tebal tebal, senyum lebar lebar
hati akan sejuk.
jom cuba ;)

rindu, itu saja yang mampu saya kata.
rindu yang tak mampu diungkap.
tak mampu dan tak boleh.
bila macam ni jadinya, Mengadu pada Allah.
dalam hati ni, setiap kali teringat, setiap kali itulah pesan pada diri
'kawal perasaan alya, Ya Allah kuatkan hati aku"
mahu saja move on, tapi dasar manusia seperti aku.
selagi ia tak betul betul patahkan hati aku
selagi itulah aku di situ.

rasa bersalah bila setiap kali gundah
mengadu pada Allah. 
bila bahagia syukurnya ke mana?
ada, tapi mulut saja yang syukur,
tapi hadapnya kurang.
bila susah sedih, ada yang tertidur di sejadah.
aku juga manusia seperti itu.
usahalah menjadi yang lebih baik,
berkawanlah dengan orang yang baik baik,
kita juga akan menjadi baik. 

"moga Tuhan tautkan cinta di hati berpadu indah dalam mihrab cinta"


;)

Konvokesyen UPM-IPTS KE 15










assalamualaikum

semakin hari semakin payah jalan kehidupan.
ada masa, rasa mahu berhenti, 
ada masa rasa rugi 
ada masa keliru.
betul ke jalan yang aku pilih ni?

Ada banyak harapan bertimbun semangat
lagu lagu kekuatan yang asyik menyanyi di telinga.
segenap hari saya fikir perkara yang sama.
"jangan putus asa Alya, jangan putus asa"
syaitan suka manusia yang berputus asa.
bertepuk riang rasa menang.

Ini permulaan.
kalau namanya mula memang payah.
"alah bisa tegal biasa"
satu masa kita akan menemui ruang selesa.
percaya Alya, Percaya!
Allah dah berikan jalan ini, mesti teruskan.

Berapa banyak suara lempar semangat
berapa ramai insan yang hembuskan doa
untuk kita yes ! untuk kita!
sabar sabar sabar,
jangan cepat potong semangat tu.
susah sekejap, senangnya Allah dah tentukan.
atas kita atas kita!

Allah tak akan ubah nasib seseorang melainkan dia sendiri yang mengubahnya. 
Usaha doa tawakal dan sabar. InshaAllah !

"kau cakap macam pandai"
ya memang cakap pandai sebab orang itu saya !
saya bercakap tentang diri saya.
saya lihat diri saya yang kini lebih cepat putus asa,
lebih mudah bersedih, pantas beri hati,
cepat salahkan diri, salahkan keadaan.
lupa Tuhan bila bahagia bila senang, 
bila susah bila kecewa tak putus doa harapkan pertolongan Allah
semua itu saya. saya yang lupa diri.

tahu macam mana saya bangkit?
hari hari saya cakap dengan diri sendiri.
"Alya jangan macam niii. sudah!"
hari hari sahabat saya lempar muka saya dengan harapan.
hari hari mama abah doakan
hari hari saya minta Allah kuatkan saya.
sebab hari hari saya rasa jatuh.
dan bila sedar, saya cepat cepat istighfar.
saya bukan muslimah yang baik.
belum cukup solehah, 
tapi tak salahkan ajar diri paksa diri untuk jadi lebih baik.
sementara ada waktu. sementara ada waktu.

saya tak mampu putar waktu untuk kembali 
sepuluh tahun dulu, tak mampu, 
tapi tolong doakan saya 
untuk sepuluh kedepan yang penuh dengan cahaya
menjadi manusia yang lebih baik dan bersyukur.
InshaAllah
Amin

Pilihan

Assalamualaikum

"Life is about making choices. You can choose to be happy.
You can choose to be sad. But once you feel sad,
you will always facing hardship throughout your day" 

Redha Redha Redha
Ingat Alya, 
Allah tak duga kita dengan sesuatu yang kita tak mampu tanggung.
Sabar Sabar Sabar
Terima Alya, bukan lama pun baru saja bermula.
baru bermula tapi terhenti?
sabar sabar sabar
jangan ikut hati.
Ada sebab apa yang berlaku, 
perancangan Allah tu paling terbaik.
tak ada perancangan manusia yang mampu lawan perancangan DIA.

Pilihlah untuk bahagia mengharungi hidup dengan gelak tawa
senyum bahagia redha dan terima.
terus bertaqwa.
Waktu ini Allah tarik kita untuk dekat denganNYA.
DIA Maha Tahu,
 kita pasti berpaling mencari DIA dalam saat macam ni.
dekatilah DIA, dekat rapat.
kau pasti bahagia.
satu hari Allah akan hantar insan yang lebih baik
berdiri disisi tanpa keluhan.
InshaAllah

Cuma 
Sekelip mata yang saya tak boleh terima,
sekelip mata yang tak terkira waktunya.
saya tak suka bila persoalan ada dalam kepala.
apa mengapa sebabnya.
Tiba-tiba sahaja.
tak mengapa saya faham.
saya faham saya faham.
senang jalan saya, derita pun saya telan.

pilih diam atau berterus terang
pilih terima atau tidak
pilih derita atau bahagia
pilih bahagia atau bersedeh
pilih teruskan atau berhenti
kita yang pilih
kita !

jangan risau, saya okay.
Iman masih ada,
cuma terlalu ingin tahu, mungkin tak sempurna.
ada kekurangan dimana? nyatakan bicarakan.
kamu nampak sudut ceria saya, kamu lihat ledakan ketawa saya.
tapi nyatanya kamu belum lihat posisi serius saya.

"aku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh"
ungkapan palsu mana yang si penulis rembat buat lirik?

Saya percaya, menerima kekurangan orang lain 
adalah cara terbaik untuk melengkapi kehidupan

Mohon Tuhan ampunkan aku yang bergantung pada sebuah 
hati bernyawa lebih dari yang memberi nyawa.

Senjata alasannya;
'ketentuan' dan 'jodoh'

Si pendengarnya pula,
Diajak untuk redha.
-BSA-

"i choose to be happy"










saya sedeh semula hari ni. tadi berkobar nak menaip.
sekarang speechless.
bila baru nak rasa bahagia
ada sajaaa
...............

Saturday

Assalamualaikum
bergetar getar jari nak bercerita.
rasa rindu ni mendorong aku berhenti membuat tugasan
tentang sejarah keluargaku tercinta.

but Firstly, its my happy day.
today today today !
yes ! today !

okay okay ini sad part for today !
i miss all of you !
i miss you all so much !
sebab cari tempat parking tak jumpa,
buat aku sedeh !
buat aku rindu ! gua rinduuu lu orang ahh !
rinduuu rinduuu rinduuun!

buat kesayangan, maafkan saya.
tak dapat nak masukkan korang dalam schedule 
minggu ni memang pack gila.
maafkan aku tauu. rindu memang rindu.
korang tau kan sekarang mcm mana situasi aku.
terima kaseh sebab memahami. selalu !
sayang korang !
sangattttt !
lain kali tauu. promise ! promise !

"jangan kata suka kalau hanya sekadar suka suka, 
kata kata itu harapan, rasa itu seolah menggapai" 
BSA

Monday

Assalamualaikum

secebis rasa yang kau beri buat aku 'mati'.
ambuihhhh. ayat. bikin panas.

Genap 28 hari bertapa di UPM.
"FEM FEM FEM"
Dulu KTT tercinta, sekarang UPM tercinta.
tugasan berganda dari waktu diploma.
biasalah ranjau sebelum bahagia.

"jika aku bukan jalanmu, ku berhenti mengharapkanmu"
ehh ehh ayat, ada nii adaa. malas nak cerita je.
malas malas malas.
"jalan cinta ini yang kau katakan padaku 
apakah kita harus teruskan perjalanan"
kisahnya, kau nak seperti irma hasmie
 tapi yang kau tangkap miley cyrus?
ehhh takpa, jodoh kan? 

"pegang tanganku seeratnya, dunia ini berputar ligat"

"jika aku memang tercipta untukmu, ku kan memilikimu,
 jodoh pasti bertemu"
errrrrr

;)))))

Wednesday

Assalamualaikum
Selamat menjadi mahasiswi
Universiti Putra Malaysia
:)

memijak ke tempat yang menjadi impian sepanjang masa
membunga hati berwarna hari
im here and im part of it.
Alhamdulillah. terima kaseh Allah.

bertukar tempat, meninggalkan 'mereka'
abah mama umi, the bon bon girls, selamat tinggal PDC.
Sedehnya Tuhan saja yang tahu.
moga kejauhan ini memberi satu erti buat kita semua.
moga kaseh sayang teguh di situ.
jangan lupakan daku.
air mata tumpah acap kali teringat.
sedeh sumpah sedeh.

Moga Allah kuatkan aku, tabahkan aku
tegarkan hatiku, berdiri atas nawaitu itu.
aku pasti harus wajib habiskan apa yang aku mulakan.
biar sakit biar payah.
aku tahu doa mereka bersama aku.
aku tahu susah ini akan dibayar dengan kebahgiaan.

terima kaseh tangan yang menggenggam di sini.
sambut bila jatuh, dengar bila gundah.
sorongkan bahu bila diperlu.
ambil tanggungjawabnya seperti sedarah.

sedeh ini aku bawa berlari, rindu itu hanya mereka tahu.
jatuh bangun berdiri tersungkur.
adat dunia adat rasa.
InshaAllah. pasti berjaya harunginya.

p/s : Allah tunaikan hasrat saya, Allah berikan apa yang saya perlu.tapi Allah biar saya tahu setiap apa yang kita mahu kadangkala perlukan pengorbanan yang besar, tebal rasa sakit, sakit rasa rindu. Allah ajar kita sabar. Sabar itu kita yang punya. jadi aku bersabarlah demi nawaitu ku yang sebenar.

Monday

Alya Roszita Hanida

HEY WALLEY WALLEY

Assalamualaikum Syawal dah dekat Ramadhan dh menuju penamat.
hujung minggu ni dihabiskan dengan mereka.
berjalan makan gelak nangeh sedeh.
ni team kedua selepas kesayangan yang menceriakan hariku menyambut sedehku.

ambuihh ayat. 31.08.2013 pun makin dekat dah.
tak sampai sebulan saja lagi.
Malaysia sambut ulangtahun kemerdekaan, aku pun sambut jugak.
merdekanya aku dari kerja kerja ofis.
heee hello upm, 
tak nyabo nak bergelar mahasiswi UPM ni.

nanti bila dah habes kontrak mesti titew akan merindui depa ni semua.
satu opis laa titew rindu.
haihh.

queensbay with them. menerai spek mata tak menahan.
qenyeh belaka semua.



balik rumah kak tyta masak kacang buncis goreng.

 lepas berbuka, depa ni mengangkut i pi tutti frutti plak. haihh
banyak kenangan ni. ni tambah lagi satu kenangan dengan mereka 
;)






Thursday

Selamat Ulangtahun 7/12/21 Julai ;)



Meet Them ;)

Kekda-Kekta-Ina




LOVE

Monday


when the person i should trust the most in my life 
turned into the person i couldnt trust the whole life.

why did you do this to me?
you should protect me, you should back me up 
you should keep all my secret with you.
not telling everybody about my weakness.

kau yang sepatutnya melindungi aku
tapi kau bukak pekung aku merata cerok.
kau cerita tentang dosa pahala.
cerita tentang pengkhianatan, kaseh sayang yang terbuang.
tapi sebenarnya kau sendiri pemusnah kaseh sayang tu.
apa nii apaa nii !

bila depan lain belakang lain
tapi yang lain tu tak kau sebut menyusahkan kau.
tak kau cerita kesusahan yang mereka berikan.
tak mengapalahh. aku pun dah tak lama.

sakitnya hati aku sebab selama ini aku pertahankan kau.
kau mulia bagi aku.
seharusnya pun tempat kau mulia.
fikir aku kau takkan khianati aku
kerana aku tahu kau tahu perihnya rasa dikhianati.
kan?

kau gamak biar orang fikir serong tentang aku
kau sampai hati membawa cerita yang penuh penambahan
kau pernah seremaja aku., kau juga sekarang sedewasa aku
tapi nyata kau tak faham apa itu 'AKU'

kalau aku tidak pernah memahami kau,
nyata aku tidak akan mengalirkan airmata kerana
manusia lain mengkhianati kau.
mengalirkan airmata kerana kesusahan kau.
bila kau rebah, aku sokong kau kerana yakin dgn kau,
kerana sayang ini wujud bukan paksaan.
ni bukan bercinta kerana nafsu.
ini sayang datang dari azali.
Tuhan kurniakan aku dan kau perasaan ini.
kerana kata kuncinya yakin, kata kuncinya kaseh sayang
kerana ibunya hati dan perasaan.
sampai tahap ini aku masih tak memahami kau ?
ya?

sekarang kau terasa seperti aku tahu apa yang kau lindung
sekarang kau caci aku sebab kau yakin aku sudah tahu.
aku pun tak tahulah setebal mana dosa aku dgn kau
sebab setiap kali aku marah aku hanya simpan
makan dan telan biar kau nampak aku terima.
padahnya biar aku yang rasa.

kecewa aku ni tak mampu nak gambarkan
berkecai lunyai berdebu.
tak pernah benci cuma sekarang aku perlu hati hati.
tapi mungkin lepas ni aku tak mampu nak menjaga hati
sebab apa pun aku buat kau takkan pernah nampak.

Allah itu adil.
Dia tahu apa yang Dia rencanakan.
bercakaplah sebanyak mana kau nak bercakap.
tapi sampai satu tahap, kau akan aku tinggalkan.
bila waktu telah berakhir kau jawablah depan DIA
itu saja mampu aku kata.

terima kaseh

Friday

alhamdulillah
terima kaseh Allah
terima kaseh pensyarah
terima kaseh cikgu
terima kaseh mama abah ummi
terima kaseh keluarga
terima kaseh kesayangan
terima kaseh kawan kawan
terima kaseh semua yang terlibat dalam 
merealisasikan impian akuu !

sungguh ! aku tak sabaq nak jejak kaki ke sana
serius.
rasa berahi nak raya dah pudar
rasa nak jadi mahasiswi upm bergelodak
bergelora dalam jiwa.

tak kesah la nak cakap apa pun
aku dapat sebab usaha aku
cemerlang sangat ke kurang cemerlang ke
bukan alasan.

jangan dengki teruk sangat dengan orang.
tak baik.
salam ;)