setiap manusia ada jatuh dan bangunnya..
terpulang pada kita bagaimana mahu menjalani kejatuhan dan bangunnya diri kita..
hidup ni sangat mudah..
cuma kita perlu terima dan lalui apa yang ditetapkan..
namun, bersediakah kita merasakan kesakitan dan meraih kebahgiaan yang kadang sementara dan kadang bahagia itu sampai akhirnya ada cabaran tersendiri..
bahagia itu sebenarnya bakal melahirkan kesakitan yang amat sgt..
dan sedih tu kadang membawa kebahgiaan yang tak dapat diungkap dengan kata-kata..
bahagia saat itu, takkan berulang lagi..
hanya sekali sahaja terjadi...
dan kerana sekali itulah yang memberi kesan paling dalam...
tapi, kesedihan, kesakitan. kelukaan itu berlaku berkali-kali dalam hidup kita..
bersediakah nak mengharunginya...
bersediakah nak berdiri atas kaki sendiri mencari jalan keluar dari kepompong kesedihan,
bersediakah nak faham hati dan perasaan sendiri...
sesungguhnya aku takut...
takut tak dapat nak penuhi rasa, kemahuan dan kepuasan diri sendiri
takut tak dapat melalui hari-hari ini sendiri...
pedih itu sangat abstrak
tak dapat digambarkan,
tapi aku masih ada mama dan abah, mama dan abah yang jadi mata aku,
buat aku melihat diri aku..
buat aku sedar diri, sedar kebesaranNYA... terkadang aku lupa diri, lupa siapa aku..
asyik dengan kesedihan diri, kebahgiaan diri..
jika aku diberi pilihan :
tak ku mahu lalui saat kesedihan
tak ku mahu buat mereka terluka
tak ku mahu tahu apa rasa terluka
tak ku mahu tahu apa ertinya cinta
tak ku mahu tabur rasa kasihku pada sesiapa selain abah dan mama
tak ku mahu bersendiri harungi dunia
tapi, aku insan biasa..
perlu semua rasa... perlu tahu siapa Pencipta
perlu lalui semua untuk jadi manusia...
semuanya DIA yang beri...
aku cuba..
akan terus mencuba
semuanya aku perlu lalui tanpa alasan, even aku menolak, ia akan datang
sakit itu yang mengajar erti kuat, tabah dan berani...
beri kita pengalaman, beri kita jawapan kepada kehidupan...
lawanlah rasa sakit pedih itu, lebih kita rasa kepedihan itu, kita akan lebih cekal menghadapi rintanganNYA, Allahku
♥ Pour the salt into the open wound, it will heal you soon ♥
No comments:
Post a Comment